NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA : Sinopsis Bab 16 – Bab 20

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA : Sinopsis Bab 16 – Bab 20

Sinopsis Bab 16
Perwira
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling menggembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.

Sinopsis Bab 17
Kehidupan Baharu
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi  Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan  Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama  Sophia Pakih Muda

Sinopsis Bab 18
Berhari Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi  bayi perempuan itu  meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.
Mereka hidup bahagia.

Sinopsis Bab 19
Perang Dunia Kedua
Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun  Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu maka Leftenan  Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengaturkan persiapan. Askar Melayu dan tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.

Sinopsis Bab 20
Bukit Candu

Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang Candu kepunyaan Inggeris.  Mereka pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut kawasan yang pentig. Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu berpindah.  Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah.  Mereka tidak Berjaya mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketat kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan selamat. Sebenarnya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan tanah air.