Soalan Novel : Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM (19)

Salah satu nilai yang terdapat novel yang anda kaji ialah nilai kasih sayang.
Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar tempat yang berkaitan dengan watak utama bagi setiap novel tersebut.
 [8 markah]

WILAYAH PERSEKUTUAN - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Leftenan Adnan Wira Bangsa
Tirani
-      Nilai kasih sayang seorang bapa kepada anak-anak
Pak Saidi yang menyayangi Adnan, Ahmad dan Amarullah telah mengajar mereka ilmu persilatan dan ilmu agama selain menghantar mereka ke sekolah Inggeris agar mereka mendapat pelbagai ilmu pengetahuan.
-      Nilai kasih sayang seorang suami kepada isteri
Leftenan Adnan menghantar Sophia dan anak-anaknya pulang ke kampung apabila mendapat berita bahawa Jepun akan menyerang Singapura..
-     Nilai kasih sayang seorang ibu kepada anak
Raidah sanggup menaiki kapal terbang dari Sarawak seorang diri semata-mata untuk menemani anaknya dan memberi sokongan moral kepada Waheeda
-     Nilai kasih sayang seorang isteri kepada suami
Waheeda amat menyayangi suaminya, Zahid. Dia sanggup berhadapan dengan Zahid yang kuat cemburu. Apabila Zahid meninggalkan dia dan anak mereka, dia sangat sedih sehingga mengalami kemurungan.


WILAYAH PERSEKUTUAN - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Leftenan Adnan Wira Bangsa
Tirani
-      Kampung Sungai Ramal, Kajang
Tempat kelahiran Adnan dan keluarganya.
-      Sekolah Melayu Sungai Ramal
Adnan terpilih sebgai guru pelatih dan diarahkan untuk mengajar di Sekolah Melayu Sungai Ramal.
-      Pengkalan Tentera Pasir Panjang
Adnan memulakan tugas barunya di pengakalan tentera Pasir Panjang. Pasir Panjang juga merupakan salah satu kubu terakhir yang dipertahankan oleh askar Melayu ketika menentang tentera Jepun.
-      Bukit Candu
Adnan telah diarahkan bertugas di Bukit Candu yang terletak di kawasan berbukit di sebelah timur menghadap ke laut. Adnan terkorban semasa mempertahankan Bukit Candu. Mayatnya disemadikan di sana.
-     Hospital Kuching
Tempat Waheeda menerima rawatan akibat kecederaan muka dan hidungnya yang digigit dan dicakar oleh monyet Belanda
-     Silicon Medical Center (SMC) Singapura
Tempat Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya yang dijalankan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh dan Dr. Averroes atau Dr. Rushdi.
-     Chalet Tajau Emas
Tempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka dan hidung akibat digigit dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba.
-     Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), KL
Tempat Waheeda mendapatkan rawatan lanjut dan khidmat kaunseling daripada Dr.Qamariah berkaitan dengan masalah kemurungan yang dialaminya selepas kegagalan dalam rumahtangganya.


.