Soalan Novel : Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM (18)

(a)
Pelbagai nilai kemanusiaan terdapat dalam novel yang anda kaji.

Jelaskan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
 [7 markah]

(b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
 [8 markah]

SELANGOR SET 2 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Leftenan Adnan Wira Bangsa
Tirani
-      Nilai kebijaksanaan
Contoh: Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang
-      Nilai keberanian
Contoh: Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
-      Nilai bekerjasama
Contoh: Penduduk kampung bekerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.
-      Nilai patriotik
Contoh: Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan kerjaya tersebut untuk menyertai bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
-      Nilai kasih sayang
Contoh: Fadhil dan Raidah sangat menyayangi anak-anak mereka, Ghazi dan Waheeda. Mereka menaruh harapan yang tinggi terhadap pembedahan muka dan hidung Waheeda.
-      Nilai bertanggungjawab
Contoh: Sebagai seorang ayah, Fadhil membawa Waheeda yang mengalami pendarahan akibat kecederaan yang teruk angkara diserang monyet Belanda ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan.
-      Nilai kesabaran
Contoh: Waheeda begitu sabar menangani sifat cemburu buta dan panas baran suaminya, Zahid yang menuduhnya mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain.


SELANGOR SET 2 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Leftenan Adnan Wira Bangsa
Tirani
-      Sungai Ramal
Tempat kelahiran Leftenan Adnan dan tempat Leftenan Adnan dibesarkan.
-      Kem Latihan Haig Lines Port Dickson
Tempat Leftenan Adnan menerima latihan ketenteraan.
-      Pasir panjang
Kompeni C di bawah pimpinan Leftenan Adnan member tentangan hebat terhadap tentera Jepun sehingga Jepun terpaksa berundur.
-      Bukit Candu
Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri. Mayatnya digantung dengan kepala ke bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun.
-      Alexandria
Benteng terakhir tentera British yang diserang oleh tentera Jepun.
-      Rumah Fadhil
Tempat Fadhil, Raidah dan anak-anaknya, Ghazi dan Waheeda Nurlyana serta cucunya, Izzati tinggal.
-      Rumah Bazilah, di Yishun Street
Tempat Waheeda menumpang tinggal sementara dia menjalani rawatan pembedahan mata dan hidungnya di Singapura.
-      Chalet Tajau Emas
Tempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka dan hidung akibat digigit dan dicakar oleh money Belanda yang meluru maruk secara tiba-tiba.


.